“Sesiapa yang mempermudah-mudahkan sembahyang terutama
sekali sembahyang lima waktu dan jama’ah, akibatnya Allah menurunkan kepadanya
dua belas kesusahan sebagai akibat daripada kecuaiannya. Tiga perkara di dunia,
tiga perkara di masa sakratulmaut, tiga perkara dalam kubur dan tiga
perkara lagi di hari Qiamat”.
Bermula tiga keburukkan di dunia :
1. Allah menghapuskan berkat dalam
kehidupan dan dalam pendapatan rezekinya.
2. Allah mencabut daripadanya cahaya orang
baik-baik(solihin).
3. Dia menjadi kebencian dalam setiap hati
orang mukmin.
Tiga tatkala hendak mati :
1. Di cabut rohnya dalam keadaan dahaga
walaupun diminum air sesungai.
2. Tersangat susah & sakit waktu di
cabut rohnya.
3. Ditakuti mati tidak beriman(dipohon
perlindungan kepada Allah daripada perkara tersebut).
Tiga di dalam kubur :
1. Soal Munkar & Nankir dalam keadaan
yang menyukarkan.
2. Menambahkan gelap di dalam kubur.
3. Di himpit kuburan hingga selisih tulang
rusuk.
Dan tiga lagi di hari Qiamat :
1. Dipayahkan hisab kira bicara amal dunia
di hadapan Allah.
2. Mendapat kemurkaan Allah.
3. Dimasukkan ke dalam azab Allah.
Alhamdulillah, nice blog..
ReplyDeleteyour post is truly informative..
thanks for sharing.. :-))