Tuesday, 11 December 2012
Saturday, 8 December 2012
Friday, 7 December 2012
RENUNGAN JUMAAT : 12 Kesusahan Bagi Mereka Yang Meninggalkan Sembahyang
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Sesiapa yang mempermudah-mudahkan sembahyang terutama
sekali sembahyang lima waktu dan jama’ah, akibatnya Allah menurunkan kepadanya
dua belas kesusahan sebagai akibat daripada kecuaiannya. Tiga perkara di dunia,
tiga perkara di masa sakratulmaut, tiga perkara dalam kubur dan tiga
perkara lagi di hari Qiamat”.
Bermula tiga keburukkan di dunia :
1. Allah menghapuskan berkat dalam
kehidupan dan dalam pendapatan rezekinya.
2. Allah mencabut daripadanya cahaya orang
baik-baik(solihin).
3. Dia menjadi kebencian dalam setiap hati
orang mukmin.
Tiga tatkala hendak mati :
1. Di cabut rohnya dalam keadaan dahaga
walaupun diminum air sesungai.
2. Tersangat susah & sakit waktu di
cabut rohnya.
3. Ditakuti mati tidak beriman(dipohon
perlindungan kepada Allah daripada perkara tersebut).
Tiga di dalam kubur :
1. Soal Munkar & Nankir dalam keadaan
yang menyukarkan.
2. Menambahkan gelap di dalam kubur.
3. Di himpit kuburan hingga selisih tulang
rusuk.
Dan tiga lagi di hari Qiamat :
1. Dipayahkan hisab kira bicara amal dunia
di hadapan Allah.
2. Mendapat kemurkaan Allah.
3. Dimasukkan ke dalam azab Allah.
CARA MENULIS HURUF BESAR
Kebiasaannya, ada segelintir murid boleh mengenal huruf dengan baik. Walaubagaimanapun, mungkin cara penulisan mereka salah. Di sini saya kongsikan cara menulis huruf besar.
MEMPERKUKUHKAN ILMU DI DADA..."MENGENAL HURUF KECIL DAN BESAR"
Abjad Besar dan Kecil Bergambar from Noor Fadhliah Mat Jidin
Memperkukuhkan lagi pengetahuan...kita kembali semula bersama-sama dalam "Mengenal Huruf ABC..."
Thursday, 6 December 2012
LANGKAH MENGAJAR HURUF ABC
LANGKAH PENGAJARAN HURUF ABC (HURUF KECIL & BESAR)
Terdapat dua (2) jenis bentuk huruf iaitu :
(i) Huruf besar
(ii) Huruf kecil
Bagi mengajar huruf kecil dan besar terdapat lebih kurang
tujuh (7) langkah pengajaran iaitu :
(i) Menyebut a b c secara teratur
(ii) Membentuk huruf
* Menulis di atas angin * Menulis dibelakang kawan * Menulis
di atas pasir * Membentuk huruf dengan tanah liat * Menyurih huruf(iii) Mewarna
huruf
(iv) Persamaan bentuk huruf
(v) Memadan huruf
* Antara huruf kecil dengan kecil * Antara huruf besar
dengan besar * Antara huruf kecil dengan besar(vi) Menyusun / melengkapkan
susunan huruf secara rawak
(vii) Memadan / memilih huruf dengan gambarajah
LANGKAH PENGAJARAN SUKU KATA
Terdapat tujuh (7) jenis suku kata iaitu :
(i) V (huruf vokal)
(ii) KV
(iii) KVK
(iv) KVKK
(v) Diftong
(vi) Konsonan Bergabung
(vii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar suku kata terdapat lebih kurang lima (5)
langkah pengajaran iaitu :
(i) Mengeja suku kata
(ii) Membatangkan / Membunyikan suku kata
(iii) Mengaitkan suku kata dengan gambar yang sesuai
(iv) Memadan & memilih suku kata berdasarkan gambar
(v) Menulis suku kata berdasarkan gambar
LANGKAH PENGAJARAN PERKATAAN
Terdapat 28 jenis perkataan iaitu :
(i) KV+KV
(ii) V+KV
(iii) KV+KV+KV
(iv) KVK
(v) V+KVK
(vi) KV+KVK
(vii) KVK+KV
(viii) KVK+KVK
(ix) KV+KV+KVK
(x) KVK+KV+KVK
(xi) KVKK
(xii) KV+KVKK
(xiii) V+KVKK
(xiv) KVK+KVKK
(xv) KVKK+KV
(xvi) KVKK+KVK
(xvii) KVKK+KVKK
(xviii) KV+KV+KVKK
(xix) KV+KVK+KVKK
(xx) KVK+KV+KVKK
(xxi) KVKK+KV+KVK
(xxii) KV+KVKK+KVK
(xxiii) Diftong
(xxiv) Vokal Berganding
(xxv) Vokal Berganding (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxvi) Konsonan Bergabung
(xxvii) Konsonan Bergabung (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxviii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar perkataan terdapat lebih kurang sembilan (9)
langkah pengajaran iaitu :
(i) Mempamirkan gambar
(ii) Mengeja dan membatangkan suku kata
(iii) Menggabungkan suku kata
(iv) Melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal * suku
kata awalan * suku kata pertengahan * suku kata akhiran
(v) Memadankan gambar berdasarkan perkataan
(vi) Menulis perkataan berdasarkan gambar(vii) Bacaan ayat
mudah(viii) Melengkap / memadankan ayat berdasarkan gambar(ix) Ejaan dan
penulisan
Nota : Bagi mana-mana perkataan yang hanya mempunyai satu
bunyi seperti KVK, KVKK, Vokal
Berganding 4 huruf dan Konsonan Bergabung 4 huruf kaedah
pengajaran adalah seperti
mana kaedah pengajaran suku kata.
Selain itu juga bagi kaedah "melengkapkan perkataan /
suku kata tertinggal" adalah
bergantung kepada bilangan suku kata yang wujud di dalam
sesuatu perkataan. Sekiranya
perkataan tersebut hanya melibatkan 2 suku kata aktiviti
yang terlibat hanya lah "suku kata
awalan" dan "suku kata akhiran". "suku
kata pertengahan" hanya wujud bagi perkataan-
perkataan yang melibatkan 3 suku kata.
LANGKAH PENGAJARAN MEMBINA AYAT MUDAH
Bagi mengajar membina ayat mudah terdapat lebih kurang enam
(6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca ayat berdasarkan gambar
(ii) Memilih ayat mudah yang betul
(iii) Menggabungkan ayat menjadi ayat yang betul
(iv) Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar
(v) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
(vi) Membina ayat berdasarkan gambar
LANGKAH PENGAJARAN BACAAN PEMAHAMAN
Bagi mengajar bacaan pemahaman terdapat lebih kurang enam
(6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca petikan karangan mudah
(ii) Menyusun ayat berdasarkan urutan bersiri
(iii) Melengkapkan perenggan karangan
(iv) Menyusun perenggan karangan
(v) Melengkapkan karangan mudah (mengisi tempat kosong)
Sunday, 2 December 2012
Sunday, 25 November 2012
Wednesday, 3 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)